Advertising

Sunday 22 January 2012

Betul Sedih : Penyanyi Lagu Kembali Senyum telah pun kembali ke rahmattullah

Salam penuh takziah buat semua ahli keluarga serta saudara mara di atas kehilangan kekal abadi yang pergi takkan kembali lagi menyahut panggilan ilahi sudah sampai ajalnya di sini di sinilah ternoktahnya perjalanan seorang hamba di bumi tuhan membawa bersama segala amalan yang dikerjakan di dunia fana buat mengadap tuhan yang esa Izwan Pilus meninggal dunia. Pemergian yang tidak siapa jangka kala usia masih muda remaja kala kudrat tenaga masih gagah beri suatu pengajaran buat kita semua. tidak kira siapa kita tidak kira di mana sahaja tidak kira bilakah masa bila sampailah ajal kita maka tidak mungkin akan terlewat walaupun cuma satu saat dan tidak juga akan terawal walaupun cuma satu saat jua. Izwan Pilus meninggal dunia bagi kita yang masih hidup tinggal doakanlah kesejahteraan beliau di sana moga dipermudahkan segala urusan agar berbahagia di sisi Tuhan. doakan juga untuk kita semua agar urusan kita jua dipermudahkan bila kita dijemput nanti di suatu masa belum pasti namun yang tetap pasti mati itu pasti.



No comments:

Post a Comment