Advertising

Thursday, 26 January 2012

Betul Awesome: Seorang lelaki dan 12 perempuan.

Impian untuk lelaki bernama Charles Lewis tercapai juga bila dia sudah mendapat bilik mandi dia sendiri.


Charles Lewis adalah anak lelaki tunggal Tracey dengan Peter yang mempunyai 13 orang anak dan 12 lagi adalah perempuan. Hebatkan?

Ia agak susah untuk mengendalikan keluarga yang sebegini tambah-tambah Charles seorang sahaja anak lelaki yang terpaksa menghadapi rutin pagi yang agak stress, Dia menghadapi penderitaan sudah berapa lama untuk berhadapan dengan 12 adik beradik perempuannya yang masing-masing berebut untuk menggunakan bilik mandi. Charles yang berusia 24 tahun ini kini tinggal dengan 9 adik beradik perempuannya dan 3 daripada itu sudah berpindah. Dia menghabiskan berjam-jam  menunggu diluar bilik air yang berkunci dan kini Charles sudah pun mempunyai biliknya tersendiri.

Charles bukanlah begitu malang kerana semua adik beradiknya adalah perempuan, tapi kadang-kadang dia rasa bertuah kerana pakaiannya sentiasa digosok dan sarapan pagi sentiasa tersedia.
Dengan keluarga sebesar ini Peter dan Tracey terpaksa menghabiskan duit dapur dalam 2500 GBP sebulan. ini kerana bil air sebulannya adalah 100 GBP, kos gas dan elektrik adalah 200 pounds sebulan - berbanding dengan keluarga lain yang berpurata 30 GBP untuk air dan 80 GBP untuk elektrik dan gas.

Penggunaan tuala pula adalah 50 helai sebulan, 30 botol syampu dan perapi, 15 gel shower, 7 tiub ubat gigi, 50 loo gulungan tisu dan 39 paket pembersihan kain lap untuk seminggu.
Tracey mengakui di menggunakan dua kotak besar serbuk mencuci pakaian untuk seminggu. Okey kan dapat keluarga besar macam ni? tak la banya sangat duit terpaksa dibelanjakan. pfftttt..
Charles berkata dia tak akan bagi kawan-kawannya untuk memikat adik-beradiknya. :)



Bestkan pakaian ada orang tolong gosok, makanan pun tersedia hari-hari.

Inilah keseluruh keluarganya. ramaikan? mak dengan ayah dia berada di belah kanan sekali.

1 comment: